TANDA TANDA KEMATIAN AKAN MENJELANG

Salaam semua!

TANDA-TANDA KEMATIAN UNTUK ORANG ISLAM

Sesungguhnya tanda-tanda kematian menurut Ulama’ adalah benar dan wujud. Cuma amalan dan ketakwaaan kita saja yang akan membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasullullah saw diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara langsung kesukaran menghadapi sakaratul maut dari awal hinggalah akhir hayat baginda.

Imam Al-Ghazali diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratul maut secara bersendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali. Cuma sampai bahagian tubuh dan kepalanya sahaja, beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.

Adapun riwayat-riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah swt tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadi kita supaya bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah swt. Walau bagaimanapun, semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang Islam sahaja manakala orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah, nyawa mereka akan terus direntap tanda sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah swt.

Antara tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa bahagian;

Tanda 100 hari sebelum hari mati

Ini adalah tanda pertama dari Allah swt kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakiNya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini. Cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini berlaku lazimnya selepas waktu Asar.

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut ke hujung kaki akan mengalami getaran seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih di mana jika perhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar, akan bertindak di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati, maka getaran ini akan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau hanyut dengan kenikmatan dunia tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar akan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah Asar. Bahkan pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah swt. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita ,antaranya ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan tetapi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera utnuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan akan memudahkan urusan orang yang memandikan kita nanti.

Ketika itu juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari sisi. Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan disebelah belakang iaitu di bahagian ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir

Akan berlaku keadaan dimana kita akan merasakan satu keadaan sejuk dibahagian pusat dan ianya akan turun kepinggang dan seterusnya akan naik ke bahagain halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri serta menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah swt yang telah menghidupkan kita dan sekarang mematikan kita pula.

Penutup

Sesungguhnya marilah kita bertakwa dan berdoa kepada Allah swt semoga kita adalah diantara orang-orang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda mati ini semoga kita akan membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan sama ada dari Allah swt mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang-piutang kita.

Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah swt Yang Maha Berkuasa lagi Pemurah dan Maha Mengasihani maka diriwayatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia masih boleh diubah dengan amalan doa dari kita sendiri ataupun dari doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah swt semata-mata.

Oleh itu, marilah bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah swt serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah swt sama ada di dunia mahupun akhirat.

Apa yang baik datangnya dari Allah swt dan apa yang silap dari kelemahan saya sendiri.

Wassalam.

About Rahayu Tasnim

Just resigned from 10 years of lecturing in MMU & UNITAR. An MBA (Technology Entrepreneurship) holder from International Business School, UTM in 2008, and is currently focusing on her PhD in Entrepreneurship in UTEM Melaka, Malaysia. Is blessed with 3 handsome young sons and a (handsome), but not so young anymore, hubby. :) Residing in Skudai, Johor, MALAYSIA, and loves writing...(but finds it hard to allocate the time to write nowadays!)...
This entry was posted in islam. Bookmark the permalink.

24 Responses to TANDA TANDA KEMATIAN AKAN MENJELANG

  1. HASAN says:

    ASLKM TUAN RUMAH
    SAYA MOHON DIHALALKAN ARTIKEL YANG SAYA KUTIP DARI BLOG PUAN UNTUK SEBARAN KEPADA KAUM MUSLIMIN DEMI UNTUK MANFAAT BERSAMA.

  2. sofie says:

    assalamualaikum, terima kasih tuan rumah atas penerangan itu, moga jadi peringatan pd saya

  3. haslin binti amit says:

    salam, adakh rs getaran / mgigil ini hanya slps waktu asar shj atau blarutan shingga ke subuh keesokkan harinya?

    • Rahayu Tasnim says:

      Salaam Cik Haslin,

      Saya bukanlah orang yang arif berkenaan ini. Sepertimana yang saya baca dari buku2, itulah yang saya kongsikan. Apa2pun, hakikatnya, getaran ini berlaku selepas asar, sekali lalu…itu yg saya baca dan tahu (kalau saya silap, sila tegur & tolong share). Apa yg kita boleh buat adalah sentiasa ingat MATI walau apapun keadaan kita, di mana pun kita berada. Saya juga selalu ingatkan anak2 saya yang saya / suami/ mereka juga akan MATI, tak tahu bila. Memang anak2 saya masih kecil, bila cerita tentang MATI, mereka sedih dan takut. Tapi bila kita selalu cerita yang kalau kita sentiasa ingat Allah swt, & niatkan segala perbuatan kita utkNYA, InsyaAllah kita akan MATI dengan tenang (dan dlm kedaan berjihad) dan mereka yang kita tinggalkan pun akan tenang menghadapi dugaan.

      TQ ya kerana membaca & ingin share…..klu sudi, tolong war war kan ya….ilmu yang sedikit ni amat bermanfaat bagi kita semua. InsyAllah. :)

      • lala says:

        getaran tu bagaimn?adakah bergetar seperti menggil seluruh bdn atau bhgian tertentu di bdn?atau bgetar seperti denyut nadi?

  4. JCrest says:

    Teringat pengalaman mempromosi sistem anuiti di pusat bandar sedekad yg lalu

  5. iman says:

    terima kasih kerana bangunkan saya dr tidur..

  6. Lynn says:

    Saya juga nak tahu getaran tu macam mana sama ada seluruh badan bergetar atau bahagian demi bahagian badan dan berapa lama selalunya berlaku getaran itu?

  7. aida says:

    assalamualaikum
    tq atas info yg diberi.. Tubuh rs menggigil, seram sejuk bile bc pasal ni.. Byk dh rasenye ms yg dbazirkn.. Masyaallah..

    smoge kita tergolong d kalangan orang2 yg beriman..
    amin..

    mohon share ye

  8. siti says:

    salam… saya mengalami getaran diseluruh bdn.. getaran ini berlaku di tgh mlm dn wktu siang.. adakah ini tnda kematian mghampiri? mohan jawapan

    • Lynn says:

      Salam Siti, Dah ada jawapan tak untuk soalan Siti tu sebab saya pun mengalami situasi yang sama tapi getaran tu saya alami selalunya antara tengah malam hingga subuh.Kemudian rasa macam ada benda gerak2 kat kepala & adakala anggota badan rasa berdenyut-denyut.Tengah cari jawapan juga ni…,

      • Rahayu Tasnim says:

        Salam,

        Terima kasih kerana anda semua sudi berkongsi blog saya dengan rakan2. Saya bukanlah orang yang arif dalam bab2 kematian ini, apatah lagi orang yang dapat memberi komen/keputusan/jawapan yang anda kehendaki. Saya cuma diberi peluang untuk menulis berdasarkan apa yang telah saya baca. Sepertimana yg saudari2 telah berpengalaman merasakan getaran/denyutan, hanya saudari sahaja yang akan tahu / mendapat petunjuk jika Allah swt izinkan. Memang ramai yang seakan2 ‘tahu’ / dapat ‘rasa’ akan ‘kematian akan menjelang tidak lama lagi’, tetapi hanya tuan punya badan sahaja yang akan merasakannya.

        Terus terang, saya setiap malam sebelum tidur akan rasa sedemikian – rasa yang nyawa saya mungkin akan ditarik semasa tidur. Ini akan membuatkan saya tidak dpt tidur pun (saya memang selalu stay up utk kerja PhD saya), dan akan letih pada hari esoknya. Saya berpegang, kita akan mati bila2 sahaja. Anytime. Yang penting, apa persediaan kita? Saya selalu berpesan kepada anak2 didik saya / anak2 saya juga, untuk lulus dgn cemerlang di dlm setiap exam. Tapi saya selalu lupa utk ingat yang lebih penting – adakah saya sudah LULUS didlm kehidupan sy sebagai seorg Muslimah?….

        Supervisor PhD saya pernah berkata ……”what’s the passing rate for a Muslim?”…..Adakah kita sudah LULUS disisi Allah swt?….

        Semoga kita selalu berbuat baik, dengan mengharapkan rahmat, barakah daripadaNya. Pahala itu penting. Tetapi, BARAKAH dan REDHANYA adalah lebih dr segala2nya semasa kita menghadapi saat2 kematian.

        Apakah kita sudah cukup memohon keredhaanNya? Dan BarakahNya?…Sama2lah kita usahakan. Jom ajak anak2 kita, suami isteri kita, ibu bapa kita utk mengusahakannya juga. InsyaAllah.

      • lan says:

        Salam.
        lyn,cm ne dgn keadaan anda,
        Msh rasa bdnyut2 lg?

  9. khadijah says:

    saya mohon share

    • Rahayu Tasnim says:

      Cik Khadijah, Salaam,

      Amat diharapkan…yang baik perlu di share…:)

      Thanks so much. Will keep on writing. InsyaAllah.

  10. hafizul says:

    assalamualaikum???izinkanlah saya mbaca blog puan..

    • Rahayu Tasnim says:

      Waalaikum salaam Fizul007,

      Amat dialu2kan…yang mana dirasakan baik, bolehlah diforwardkan ke rakan2 taulan. InsyaAllah, usaha kita diberkatiNya. Terima kasih banyak2.

  11. nuraz says:

    salam..kdg2 kita alpa dengan nikmat dunia..namun setiap hari setiap detik saya sentiasa mengingatkan diri saya mengenai keMATIan..seram sejuk juga rasa bila berbicara pasal MATI..namun kita harus redha kehidupan adalah sementara dan kita akan merasai juga MATI..

  12. niza says:

    saya rse sdih krna slh satu rkn sy kate dia dh ade rse tnda-tnda kmatian.(tanda 40 hari)

    • Rahayu Tasnim says:

      Salaam Niza, jika benar rakan anda telah terasa, dia haruslah amat bersyukur, kerana bukan semua yang akan sedar akan tandanya. Allah swt telah memberi petanda ‘direct’ kepadanya, dan kita juga mesti selalu memohon agar kita juga akan diberi tanda2 dari Nya agar kita lebih bersedia. Dosa saya yg lalu terlalu byk, dan ini membuatkan saya menulis dan mengwar2kan apa yang baik untuk semua, agar pembaca yg budiman juga mendoakan saya dan keluarga saya agar meninggalkan dunia yang fana ini dgn tenang, dgn terbayarnya segala hutang, dgn tertunainya segala tangguungjwb dan didikan kpd anak2, dan kpd masyarakat, dan dgn meninggalkan harta yg cukup utk anak2 dan waris utk meneruskan kejayaan dunia & akhirat.

      Pn. Niza, sila2 lah forward tulisan2 saya kpd rakan2 ya. Semoga usaha kita sama2 diberkatiNya. Amiin.

  13. Assalamualaikum Puan , saya mohon share article ini untuk dilampirkan didalam blog saya untuk tatapan rakan-rakan sebaya usia dengan saya . (remaja) .

Leave a Reply